CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 2, 2014

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t ...


     sudah lama rasanya tinggalkan zaman menulis blog ni.. sebenarnya banyak yang di tulis tetapi langsung saya tak di postkan ke blog semuanya dalam draf .. hari ni 2 may 2014 terasa diri ini terpanggil untuk mula aktif dalam dunia blog ni. InShaAllah saya akan post kan cerita-cerita yang pernah saya tulis satu persatu banyak sangat dalam draf. saya start menulis blog dari tahun 2009 lagi . lebih kurang 6 tahun juga la, macam-macam telah berubah macam-macam dugaan ALLAH berikan pada saya.. kadang-kadang ujian yang datang terasa sangat berat untuk dipikul.. sampaikan penah terasa nak hentikan saja langkah ini.. ALLAHURABBI.. tapi syukur ALHAMDULILLAH diberikan kekuatan untuk terus melangkah..

      hari ni saya nak cerita sikit tentang apa yang saya lakukan sekarang...
ok.. saya sekarang bekerja disebuah kilang di PENANG as an operator jaa.. saya bekerja satu tempat dengan mak.. ramai yang pelik kenapa kerja kilang sedangkan result SPM ok.. sebenarnya saya tunggu bulan ogos ni InShaALLAH diberikan umur yang panjang sambung belajar di INTERNATIONAL COLLEGE & UNIVERSITY.. sambil tunggu tu saya pun dapat idea nak bekerja di kilang sama dengan mak..sebenarnya cuba nak rasa kesusahan mak bersengkang mata pagi malam untuk kerja ..dah berbelas tahun pun mak kerja situ.. pada awalnya mak langsung tak setuju dengan cadangan saya tapi akhirnya saya dapat yakinkan mak yang saya boleh bekerja..

so hari rabu 16 april 2014 saya pergi interview ... guess what! masa interview tu HR (Human Resourses) Encik Firdaus tengok result SPM saya, dia terus tanya soalan bertubi-tubi ..

(DIALOG ANTARA SAYA DENGAN HR )

HR : result kamu elok kenapa tak sambung belajar?
saya: tak sambung dah kot .. *nampak tak ada kot kat belakang

HR: result kamu elok rugilah kamu tak belajar.. ataupun kamu tak dapat panggilan mana-mana?
saya: dapat .. UITM.. Universiti Tenaga Nasional.. tapi saya tolak saya tak pergi.. should be last year saya sepatutnya dah sambung tapi tu lah saya nak kerja..

HR: ruginya kamu.. kenapa kamu tak nak belajar cuba bagitau...
saya: ermmmm... sebenarnya saya ..bla..bla..bla.. *sebenarnya saya terpaksa menipu sorry sangat encik firdaus

HR : saya bukan apa.. saya penah lalui .. saya result lagi teruk... saya bermula dari sijil ja.. tapi sekarang dah sambung master.. bla..bla...bla...

macam-macam omelan yang saya terpaksa telan hari tu sebab kononnya saya dah tak nak sambung belajar.. (maaf encik firdaus bukan saya tak mau belajar tapi saya tunggu bulan ogos ni.. saya mintak kerja ni sebab saya nk merasai susah payah mak saya kerja selama ni... kalau saya cakap saya nak belajar lagi confirm saya dah kena reject awal-awal kn?..maaf sangat-sangat)

setelah kena basuh dengan HR .. saya diberi peluang untuk bekerja dengan syarat saya mahu sambung belajar.. saya pun apa lagi setuju la.. dan terus Encik Firdaus cakap boleh kerja esok...ALHAMDULILLAH bermula 17 April 2014.. dengan sahnya saya menjadi operator kilang..setiap hari ada saja menguji kesabaran saya.. hari-hari saya dapat pengajaran yang mematangkan saya..


ikuti post seterusnya untuk mengetahui kisah dan pengajaran sepanjang saya bekerja di kilang sebagai operator....
p/s : kadang-kadang bahasa saya agak kekampungan sikit tak baku.. sebab saya lemah sikit buat ayat ni.. sorry...
thanks..


love,
azirah hashim



selamat hari lahir bapak...

Assalamualaikum wbt.. 


 tepat pada 1 Mei 1964 .. telah lahir lah seorang insan yang sangat mulia iaitu Ahmad Hashim Bin Salleh (bapak).. anak kepada Tuan Haji Salleh Dan Hajah Halijah ... anak ke 7 dri 8 adik beradik dilahirkan dan membesar di sungai kota tanjong piandang, Perak..
 Ahmad Hashim bin Salleh (bapak) telah berkahwin dengan jumiah binti zaini (mak) pada march 1989 ..dan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata pengarang jantung :


dalam gambar dari kiri saya,bapak,mak dan kakak sulung.. yang kedua dan ketiga tak dapat bersama..

sulung : hindon binti ahmad hashim
kedua: siti maisarah binti ahmad hashim
ketiga: qais bin ahmad hashim
bongsu: azirah binti ahmad hashim (saya)


ok .. malam tu tepat pukul 12 malam saya dah ucap selamat hari lahir.. dengan penuh syahdu memohon ampun dan maaf dari bapak.. anak bongsu lah katakan.. anak bongsu anak bapak yang manja.. kan bapak kan? .. hee.. masa salam and mintak ampun airmata serius punya laju dia keluar lagi bertambah sebak bapak  terus peluk and bapak kata " don't cry.. it's ok" .. uwaaaaa... sedih hanya Tuhan saja yang tahu bertapa banyak kesalahan yang saya pernah lakukan.. nak apa mesti bapak bagi .. tapi saya degil bapak cakap A saya cakap B .. dah menangis tu tak terkeluar pulak ayat - ayat yang panjang lebar dikarang dalam kepala sebelum ni.. so saya pun ambik phone luahkan kat facebook saja lah ...

    ni haa luahan hati seorang anak kepada bapaknya.. sambil menaip sambil menitiskan airmata..habis basah lengan baju malam tu... i'm your little girl forever bapak..!!
bapak tak pernah pukul apa tah lagi meninggi kan suara.. bapak mendidik kami mengunakan kata-kata nasihat yang baik .. that's why bapak adalah motivator terbaikk .. and a good listener.. I Love My bapak..
untung buat siapa yang masih mempunyai ibu dan bapa.. u know why.. sebab kita masih diberi peluang untuk berbaik dengan ibu bapa kita .. pahala sangat besar bila kita jaga mereka bila tua nanti..rebutlah pahala itu ..selagi ibubapa kita masih hidup kita masih mampu mendapat keberkatan hidup melalui doa ibu dan bapa.. bak kata Ustaz Kazim Elias "Syurga dibawah tapak kaki ibu, tapi kunci syurga itu ada pada ayah" .. am I right??
sesiapa yang kematian ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali.. jangan sedih doakan mereka .. sesungguhnya bekalan yang tak putus yang mereka dapat adalah doa daripada anak-anak mereka yang soleh dan solehah.. dan sesiapa yang telah kehilangan ibubapa beruntung juga sebenarnya kamu tak mempunyai dosa dengan mereka lagi.. kerana antara dosa-dosa besar adalah derhaka terhadap kedua ibubapa ..  Mari kita doakan mereka semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka..

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhumma 
kama robbayani soghiro"


SELAMAT HARI LAHIR BAPAK yg ke-50 








 

love,
azirah hashim


izinkan aku menyintaimu..

"Alina..Alina!! bangun, bangun!!"

"Kau ni kenapa pepagi buta ni kejutkan aku? Hari ni Ahad la, bagilah can aku tidur lama sikit. Bukan ada kuliah pun.."

"Tanak takpe lah. Aku ni baik, ingat nak bagi kat kau surat ni. Setem Jepun ni. Kalau tak nak, nak buat macam manakan...sila-sila sambung tidur tuan puteri. Saya keluar dululah ye."



"Eh..eh, bak la surat tu dulu sebelum keluar. Hehe.. thanks Dalila."

Dalila menarik muka melihat senyuman manis Alina. Tahu sangat dengan perangai housemate dia yang seorang ni. Pantang dapat surat dari Jepun. Gembira sakan lah dia. Maklumlah, dapat surat dari buah hati. Masakan tak gembira. Pagi ni nampaknya ada yang rajin buat sarapan lah tu.



Assalamualaikum Alina..

Apa khabar? Baru saja semalam Wan call Ina, tapi hari ni dah duduk kat meja ni, tulis surat untuk Ina. Kalau ikutkan hati, cuti musim panas ni, mahu saja Wan balik bertemu Ina dan keluarga. Tapi bulan 2 hari tu dah balik. Manalah Wan nak cari duit nak balik Malaysia selalu. Ingat nak baito summer ni. Tengoklah camne nanti.



Alina tersengih. Dia pun sudah tahu beberapa patah perkataan bahasa Jepun. Semuanya Ikhwan yang ajarkan. Ermm.. baito maksudnya part-time job. Kat Jepun hampir semua student Malaysia buat part-time job. Ikhwan pun selalu juga buat baito. Selalu berangan-angan nak bawa Alina pergi jalan-jalan kat Jepun walau sekali.



Ina pun tahukan, Wan sekarang dah tahun 4,tahun akhir kat sini. Banyak sangat kerja nak diselesaikan. Eksperimen bertimbun-timbun, mana nak fikir pasal kerja lagi, report lagi, macam-macamlah. Sekarang ni baru start semester baru, tak sibuk sangatlah. Lepas ni mesti sibuk memanjang. Lepas ni kalau Wan jarang-jarang call ke, tulis surat ke, sorry lah ye sayang.

Okla.. nak kena pergi kelas ni. Belajar rajin-rajin ye. Jaga diri Alina baik-baik. Kirim salam kat Dalila, pesan kat dia, kalau dia balik kampong, suruh dia sampaikan salam buat mak dengan abah Wan.

Tulus menyayangimu,

Ikhwan Adib



Dalila sekampung dengan Ikhwan. Kawan sejak sekolah rendah lagi. Tapi Ikhwan bijak, akalnya cerdas, dia dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam bidang kejuruteraan tajaan MARA. Alina sendiri tidak menyangka, pertemuannya dengan Ikhwan mencetuskan kisah cinta mereka.



Alina bertemu Ikhwan sewaktu Ikhwan sedang membuat persediaan 2 tahun sebelum membolehkan dia terbang ke Jepun. Ketika itu Alina dan Dalila teman sekuliah, Information Engineering, MMU. Semasa cuti semester, Alina, gadis bandar yang tidak pernah ke kampung bercuti ke rumah Dalila. Dalila dan Ikhwan memang tidak boleh berpisah. Kebetulan Ikhwan juga sedang bercuti ketika itu. Ahh.. cepatnya masa berlalu. Sudah hampir 5 tahun Alina mengenali Ikhwan. Ikhwan yang dikenalinya 5 tahun dulu, masih sama dengan Ikhwan yang sekarang ini. Penyayang, mengambil berat tentang Alina, suka memberi kata-kata semangat supaya Alina rajin belajar, tiada keburukan Ikhwan di mata Alina.



Cuma sekarang masa telah berubah. Takdir telah tertulis. Manusia hanya mampu merancang. Pemergian Ikhwan 2 bulan yang lepas, Alina iringi sampai ke KLIA. Ketika itu Ikhwan pergi meninggalkan janji buat Alina.Janji untuk meminang Alina setelah kepulangannya lagi setahun. Pulang dengan ijazah dan kerjaya. Alina gembira dengan janji itu. Tetapi gembiranya hanya sementara. Belum cukup sebulan pemergian Ikhwan, Alina dikhabarkan dengan berita yang bisa meluruh gugurkan hatinya. Masakan masih wujud perkara sebegitu dalam dunia serba moden ini.

Abah telah menetapkan jodoh untuk Alina. Dirasakan macam drama Melayu pula. Abah beria-ia ingin menjodohkan Alina dengan Fikri. Kononnya Fikri adalah calon yang paling sempurna untuk menjadi suami Alina. Fikri pekerja di syarikat abah. Pekerja kesayangan abah.



Mama pun tidak membantah keputusan abah. Padahal bukan mama tidak tahu, hatinya milik Ikhwan. Lagipun Alina tidak mengenali Fikri. Tiba-tiba disuruhnya kahwin. Siapa Fikri tu? Apa yang dia dah buat pada mama dengan abah? Aarrgghhh? Wan, tolong Alina!! Alina tak nak kahwin dengan orang selain Wan..

Sehingga ke hari ini Alina masih merahsiakan tentang hal perkahwinannya dengan Fikri dari Ikhwan. Dengan harapan abah akan berubah keputusan, simpati dengan Alina. Dalam pada itu, Alina telah puas merayu agar dibatalkan perkahwinan itu. Ataupun sekurang-kurangnya dilangsungkan setelah Alina habis belajar.



Lagi setahun setengah Alina akan tamat pengajian, sempatlah untuk Ikhwan pulang dan meminangnya. Kepada Dalila juga ditegahnya dari menceritakan hal Fikri kepada Ikhwan.

Pertemuan pertama dengan Fikri menambahkan benci Alina kepada Fikri. Pada pandangan Alina, Fikri sangat kurang ajar.

"Saya nak awak bagi tahu abah, awak nak batalkan perkahwinan kita. Saya tak pernah kenal awak, macam mana kita nak kahwin? Tak lojik langsung!"

"Alina yang tak mahu perkahwinan ini dilangsungkan. Kenapa suruh saya pula? Lagipun, saya sangat gembira dengan perkahwinan ini. Memiliki Alina adalah impian saya selama ini. Salahkah kalau saya kahwin dengan Alina kalau begitu?"

Ketenangan jawapan Fikri menyakitkan hati Alina. Memiliki aku adalah impian dia selama ini?! Mengarut!! Jumpa pun tak pernah, macam mana dia pernah simpan impian nak kahwin dengan aku.



"Saya tak kisah apa yang awak nak cakap sekalipun. Perkahwinan ini takkan berlangsung. Lagipun saya masih belajar. Gila apa pinang orang yang tengah study lagi." Alina bercakap sambil menahan amarah.

"Saya tak pernah menghalang awak belajar. Kalau awak nak teruskan belajar sampai ke PhD sekalipun, saya takkan menghalang. Saya akan terus sokong Alina dari belakang."

"Ishh.. awak ni tak faham bahasa ke? Umur dah 28 tahun, nak kata tak pandai, lulusan luar negara. Saya tak suka awak. Faham?!! Lagipun saya dah ada boyfriend, Ikhwan."

Air muka Fikri yang tadinya tenang, sedikit berkocak apabila nama Ikhwan disebut. "Perkahwinan ini permintaan abah Alina. Tapi kesanggupan saya berkahwin dengan Alina adalah kerana saya mencintai Alina. Saya sukakan Alina dari awal lagi. Cinta saya memang khusus untuk Alina seorang saja. Sehingga ke akhir hayat saya akan mencintai Alina. Saya nak Alina tahu tentang itu."



Alina hampir saja termakan dengan kata-kata Fikri. Tapi cepat-cepat akalnya memintas. Kata-kata lelaki tidak boleh diguna pakai.

Pertemuan pertama mereka di Midvalley Starbucks itu berakhir tanpa satu kata putus. Perkahwinan Alina dan Fikri tetap akan berlangsung. Alina tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Hanya Dalila dan air mata Alina sahaja yang menjadi teman setianya. Segala persiapan perkahwinan mama yang uruskan. Dibantu oleh Dalila. Puas mama memujuk Alina jangan bersedih. "Fikirlah, mungkin ada rahmat tuhan dari perkahwinan ini.". Mana mungkin Alina mampu berfikir secara waras. Dia bercita-cita bersanding di pelamin putih, pakaian serba putih dengan pengantin lelakinya Ikhwan, bukan Fikri.



Majlis perkahwinan Alina tetap berlangsung dengan meriah, meskipun pengantin perempuannya bermuram durja. Semua tetamu dan saudara mara yang hadir memuji betapa padannya Alina dengan Fikri. Alina sendiri tidak menafikan ketampanan Fikri, tapi hatinya telah diberikan kepada orang lain. Mana mungkin ada ruang untuk dia menyayangi Fikri. Malam pertama mereka tidak seperti pengantin-pengantin lain. Sepanjang malam Alina menangis di penjuru bilik, bimbang jika Fikri melakukan apa-apa terhadapnya. Walaupun Alina sedar, dia milik Fikri yang sah.



Simpati Fikri melimpah ruah terhadap Alina. Fikri mula menyesal dengan tindakan gilanya itu. Bukan dia tidak tahu kasih Alina pada Ikhwan seluas lautan. Tapi kasihnya pada Alina membuatkan dia tetap menurut permintaan Encik Hashim, abah Alina. Dengan harapan, Alina boleh menerimanya. Tapi Fikri lupa , `if you love someone, let her go.if she come back to you, then she`s yours`. Sekarang dia hanya menyiksa Alina semata-mata. Kejamnya kau Fikri. Cinta tak semestinya memiliki, cinta bermaksud menggembirakan orang yang kita cintai, meskipun kita merana. Fikri mendekati Alina dengan niat untuk memujuk Alina.

"Don`t you ever touch me Fikri!" Alina sendiri tidak tahu, dari mana datangnya kekuatan sebegitu. Dia sedar, kalau Fikri memaksa, dia mana mungkin mampu melawan. Tapi dia harus mencuba.



"Maafkan saya Alina. Saya yang bersalah." Alina tercengang.

"Saya terlalu menyayangi Alina. Saya fikir saya mampu membahagiakan Alina. Saya mahu Alina menjadi perempuan paling bahagia di dunia ini. Tapi saya silap. Saya terlalu mementingkan diri sendiri. Saya kalah dengan cinta Ikhwan di hati Alina. Saya janji, walau apa halangan sekalipun, saya akan tetap membahagiakan Alina. Saya akan lepaskan Alina, sebagaimana Alina sekarang."

Alina makin kurang faham dengan sikap Fikri. Tapi dia masih berwaspada, bimbang jika Fikri hanya memperdayakannya sahaja.

"Saya akan ceraikan Alina sebelum Ikhwan tamat pengajiannya nanti."

"Kalau begitu, ceraikan Alina sekarang juga. Saya, saya....?"

"Erkk..kita baru saja berkahwin tak sampai 24 jam. Nanti apa kata tetamu di luar kalau saya terus ceraikan awak. Lagipun saya masih belum melalui malam pertama lagi." Fikri tersenyum meggoda Alina.

"Awak gila ke apa?! Tadi baru cakap nak lepaskan saya sebagaimana saya sekarang, ini dah lain. Don`t you ever think about it!"

"Hahaha..ok ok. Just kidding. Cuba kawal sikit perasaan marah Alina tu. Karang kalau suka marah marah, nanti cepat tua."



Alina menarik muncung empat belas disindir begitu. Hatinya lega dengan kata-kata Fikri. Akan diterangkan sebaik mungkin kepada Ikhwan tentang Fikri. Tapi sementara itu Ikhwan tidak perlu tahu tentang perkahwinannya ini, sehinggakan kepulangannya nanti. Alina pasti, Ikhwan akan menerimanya. Ikhwan tidak akan meragui hati Alina.

"Ok, memandangkan kita akan tetap berkongsi rumah sepanjang setahun ini, friends?" Fikri menghulurkan tangan kepada Alina. Alina dengan ragu-ragu ingin menyambut huluran Fikri.

"Saya suami awak yang sah. Tak berdosa kalau pegang tangan sekali pun."

Panas telingan Alina mendengar perkataan suami yang sah. Rasa mahu saja dia tarik tarik lidah Fikri. Fikri ketawa dengan telatah Alina.





Hampir 3 bulan usia perkahwinan Alina dan Fikri. Dalam masa itu, Fikri tetap berpegang pada janjinya. Tidak sekali pun pernah Fikri menyentuh Alina. Alina 3 bulan yang lepas, sama dengan Alina yang ada sekarang. Tidak ada yang berkurangan. Kegiatan harian Alina juga tidak berubah. Pagi, Fikri bergegas ke pejabat, Alina ke kuliah. Petang baru bertemu. Cuma Alina perlu memasak sekali sekala untuk Fikri. Itu tidak menjadi masalah, Alina memang gemar memasak. Fikri memang sahabat yang baik. Usianya yang berbeza, menunjukkan kematangannya. Alina suka menceritakan masalahnya kepada Fikri. Sehinggakan kadang-kadang Alina takut dengan dirinya sendiri. Bimbang jika dia terlanjur menyintai Fikri. Fikri lelaki sempurna. Tiada kurangnya dengan Ikhwan.



Sementelahan pula Ikhwan jauh di perantauan. Hanya surat dan telefon sahaja pengganti diri. Sebelum ini Alina tidak pernah terfikir hatinya akan goyah. Sebelum ini Alina tidak punya Fikri. Sekarang Fikri wujud di depan mata. Fikri yang menjaganya siang dan malam. Cinta datang dan pergi dalam hidup manusia dengan mudah.

Pernah Alina tanyakan pada Fikri. Kenapa perlu berbuat baik kepadanya, sedangkan Fikri tetap akan menceraikan Alina.

"Janji saya dengan Alina, tak perlu Alina risau. Saya tetap akan kotakan. Janji saya denganNya, selagi saya masih bergelar suami Alina, saya akan menjaga Alina sebaik mungkin, membahagiakan Alina selagi ada hayat saya. Saya minta dengan Alina, berilah saya peluang menjaga Alina selagi Alina masih isteri saya. Menjaga Alina adalah kebahagiaan buat saya. Biarlah walau hanya untuk sekejap saja."

Alina terharu dengan kasih yang Fikri curahkan. Kenapa perlu wujud orang sebaik Fikri yang menyayanginya sepenuh hati, meski tahu hati Alina khusus untuk Ikhwan. Alina semakin dapat merasai kasih Fikri yang mekar dihatinya. Namun, Alina tidak ingin mencurangi kasih Ikhwan yang setia.



"Awak, jangan sia-siakan kasih awak. Simpan dan berikan pada gadis lain. Saya tak berhak memiliki kasih awak. Saya tak mampu menjadi isteri yang baik,, dan saya bukan orang yang berhak."

"Hanya Alina yang berhak memiliki kasih ini, dan kalau saya ceraikan Alina sekalipun, saya nak Alina ingat saya sampai bila-bila. Walau sekadar ingatan seorang kawan kepada kawannya. Saya sayangkan Alina dari dulu, sekarang dan akan selama-lamanya menyayangi Alina."

Hampir saja air matanya gugur dengan pengakuan ikhlas Fikri. Alina tidak mampu bertentang mata, terus memalingkan mukanya ke arah lain.

"Tentang Alina tidak menjadi isteri yang baik tu, bila-bila masa saja Alina boleh menjadi isteri yang baik. Saya seorang suami yang baik, kecil tapak tangan, master bedroom kat atas tu saya tadahkan." Fikri tergelak besar melihat muka masam Alina dengan gurauannya.

"Ini yang saya malas nak buka topik kita ni. Laju je nak sebut hal-hal yang tak sepatutnya. Awak jangan nak mengada-ngada nak berangan lebih-lebih." Alina sebenarnya malu dengan gurauan Fikri sebentar tadi. Dicubanya melindungi perasaannya dari Fikri dengan pura-pura marah.



"Ya.. saya ingat janji saya Cik Alina. Saya bukan manusia yang suka mungkir janji. Lagipun saya tak suka memaksa, tambah-tambah lagi Alina. Sebab saya sayang awak." Fikri mencuit hidung Alina sebelum beredar ke bilik. Mungkin ingin menunaikan solat Asar. Alina terpana, tersentuh hatinya dengan kelakuan Fikri. Alangkah baiknya kalau Fikri itu Ikhwan. Tentu dia sekarang sangat gembira. Wan, agaknya apa yang Wan tengah buat sekarang ni ye?

"Air, air, aduh.. tersedak lah pula." Ikhwan terbatuk-batuk.

"Haha.. ada orang teringat kat kau kot. Itu yang tersedak tu. Mak kau ke..nenek kau ke.."

"Ish.. tak cun la. Ada ke nenek aku lak. Awek aku lah."

"Awek juga yang kau ingat. Sudahlah Wan. Entah-entah awek kesayangan kau tu dah kahwin kat Malaysia tu. Kau mana tahu."

"Amboi tak sayang mulut nampak?! Ada yang makan sepak terajang ni. Orang tengah sedap-sedap makan kat kantin ni, kau seorang je makan kasut aku ni."



Teman-teman Ikhwan ketawa dengan pergaduhan kecil Asyraf dan Ikhwan. Semua orang tahu, Ikhwan sangat sayangkan Alina. Di rumah Ikhwan, penuh dengan gambar Alina. Alina juga setia. Memang jodoh Ikhwan dengan Alina. Ikhwan pun turut ketawa akan kebodohannya melayan kerenah Asyraf, junior yang memang kerjanya suka menyakat orang. Ketawa Ikhwan terkandung kepura-puraan. Hatinya dirasakan menyirap dengan lawak Asyraf. Dirasakan lawak itu seolah-olah terkena batang hidungnya. Nalurinya mengatakan Alina bukan miliknya lagi. Tetapi sehingga sekarang tiada berita yang mengatakan Alina sudah berkahwin. Cuma nalurinya saja berkata demikian. Ingin ditanya Alina, dia bimbang jika dikatakan meragui kasih Alina. Sudahnya Ikhwan lupakan saja permasalahan itu. Kembali menenggelamkan dirinya dalam timbunan report report dan kerja-kerja sekolah.



Sudah hampir sehari Alina terlantar di katil. Kepalanya dirasakan berpusing-pusing. Suhu badannya semakin meningkat. Pagi tadi semasa menyiapkan sarapan untuk Fikri, sudah dirasakan tidak selesa. Tapi dibiarkan saja. Alina fikir demam biasa-biasa tu, takkan nak ponteng kelas kot.Jam 8 pagi, Fikri ke pejabat. Alina juga bersiap-siap untuk ke kelas. Kelas hari ini bermula jam 11. masih ada sedikit masa untuk dia bersiap. Habis mengemas pinggan mangkuk di dapur, Alina menuju ke tangga untuk ke biliknya di atas. Belum sempat tiga anak tangga dipanjat, dirasakan kepalanya berat, badannya ringan melayang. Alina rasa mahu pitam. Hampir dia terjatuh, terasa ada tangan sasa menyambut lembut tubuhnya dari rebah. Dalam separa sedar, dilihatnya Fikri yang sedia menyambut Alina. Bila terjaga, Alina berada di atas katil, siap dengan kepalanya dituam.



"Kenapa tak bagi tahu Alina sakit? Kalau tak boleh saya minta cuti. Nasib baik saya tertinggal briefcase. Kalau tak, saya takkan maafkan saya sendiri kerana mengabaikan Alina." Bebel Fikri.

Alina tersenyum. Baru sakit sikit dah risau lebih-lebih orang tua ni. Pula tu, ada ke patut, dibebelnya aku yang sedang sakit ni. Alina cuba bangun, lemah seluruh sendinya. Kudratnya tiada.

"Bukannya sakit teruk pun. Tak perlu awak risaukan. Pergilah kerja. Petang nanti ok lah ni kot." Alina bersuara antara dengar dan tidak. Tenaganya seolah-olah diperah habis-habisan. Menggigil-gigil tangannya.

Tanpa menghiraukan kata-kata Alina, dengan ringan Fikri mencempung badan Alina menuruni tangga.

"Eh, awak nak buat apa ni?! Lepaskan saya Fikri." Alina cuba meronta-ronta, memukul-mukul bidang dada Fikri. Tapi dengan tenaganya yang sedikit, tiada apa yang boleh dilakukan.

"Duduk diam-diam. Saya nak bawa awak ke hospital."

Seminggu Alina diserang demam panas. Suhu badannya naik sehingga 40 degree. Sepanjang itu jugalah Fikri menemaninya, menjaga Alina, makan, pakaian segala-galanya. Mulanya Alina membantah, mahu disuruhnya mama saja yang menjaga, tapi mama hanya menyerahkan semuanya pada Fikri. Seminggu jugalah Fikri cuti kerja. Fikri yang memasak, sepanjang malam Fikri jugalah yang tidur di atas kerusi sebelah Alina. Menemani Alina sepanjang malam. Alina makin terharu. Kasihnya buat Fikri makin mendalam. Tidurnya diiringi mimpi-mimpi Ikhwan, tapi dalam mimpinya Alina sekadar berlalu meninggalkan Ikhwan, berpimpin tangan dengan Fikri. Alina sendiri gagal membaca hatinya. Sekarang, siapa yang lebih diperlukan, Ikhwan atau Fikri.



Tidur Fikri tersentak. Terdengar igauan Alina memanggil-manggil nama Ikhwan. Pilu hati Fikri, Tuhan saja yang tahu. Fikri hampir menangis sendirian. Gadis yang dipuja masih memuja yang lain. Sayang, Fikri akan mengotakan janji yang kita buat dulu. Fikri akan lepaskan sayang. Ada lebih sebulan setengah lagi tinggal. Ikhwan akan pulang pertengahan bulan April nanti. Sekarang sudah penghujung Februari. Fikri menatap wajah Alina dengan hati sayu. Inilah pertama kali Fikri berpeluang menatap wajah Alina dari dekat. Biasanya kalau dia mencuri-curi merenung Alina, gadis itu akan mula marah-marah. Fikri tersenyum sendirian. Alina, wajah yang manis, tapi lekas marah. Ermm.. mungkin dengannya saja Alina marah-marah. Mungkin dengan Ikhwan Alina bersikap manja. Mengingatkan Ikhwan, hati Fikri dipalu kesayuan. Disentuh lembut pipi Alina, menguak anak rambut yang berjuntaian di dahi Alina.

"Sayang, ketahuilah betapa abang menyayangi sayang. Tak dapat abang nak gambarkan kasih abang buat Alina. Abang selalu mohon kepada yang Esa agar Alina menjadi milik abang. Dan selamanya abang memang milik Alina. Hati ni bukan untuk sesiapa selain Alina Hanis Hashim." Air mata Fikri gugur, menimpa pipi Alina. Dikucupnya dahi Alina dengan penuh kasih sayang. Hatinya hiba memikirkan apa yang akan berlaku lagi sebulan. Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Alina. Selama ini hari-harinya ceria dengan kehadiran Alina.



Alina bagaikan mahu meraung dengan kata-kata Fikri. Fikri tidak sedar Alina sudah terjaga saat itu. Alina rasakan bagai mahu memeluk Fikri, mengucapkan terima kasih, terima kasih kerana menyayangi dirinya dengan sebegitu rupa. Mahu menucapkan yang dia juga sudah mula meletakkan Fikri sebaris dengan Ikhwan dalam hatinya. Cuma setianya pada Ikhwan melebihi segalanya. Tapi dirasakan juga bagaikan mahu menampar pipi Fikri, memarahi Fikri agar jangan terlalu menyayangi diri ini. Jangan buatkan Alina rasa bersalah kerana mempersiakan kasih suci Fikri. Alina tak layak menerima kasih Fikri!

Alamak, dah pukul 9! Macam mana aku boleh tak jaga ni..Arghh.. dah lambat nak ke kelas. Alina tergesa-gesa bersiap. Mandi ala kadar saja, capai apa yang patut, pantas berlari mencapai kunci kereta. Baru sahaja ingin melangkah melintasi ruang tamu menuju ke pintu keluar, Alina terpandang sejambak mawar putih, kemas terletak di atas meja di ruang tamu. 18 kuntum mawar putih, dihias indah. Tersisip sekeping kad. Alina menarik sekeping kad kecil, gambar dua hati diikat benang. Tertulis perkataan `love you dear`.



Alina sayang,

Selamat Hari Lahir. Semoga segala yang Alina impikan, menjadi milik Alina. Kebahagiaan Alina, adalah kebahagiaan saya.

Khairil Fikri Hamidi



Hari lahir? Bermakna hari ni 29 Mac. Cepatnya masa berlalu. Lagi seminggu Ikhwan dijangka pulang. Bermakna, kurang dari seminggu jugalah hari-hari Alina bersama Fikri akan berakhir. Hati Alina gundah. Apa akan terjadi dalam hidupnya tanpa Fikri nanti. Hampir setahun hidup bersama Fikri, sudah menjadi suatu kebiasaan. Macam mana ingin melalui hari kemudian tanpa Fikri.. Sepatutnya Alina perlu bergembira dengan kepulangan Ikhwan. Kebebasannya dari belenggu kasih Fikri. Tapi sebaliknya dia merasakan hari-harinya tanpa Fikri nanti akan ditemani sepi. Tiada lagi gurau tawa Fikri, usikannya, layanannya. Aarghh..Alina buntu. Dipujuk hatinya dengan bayangan wajah Ikhwan. Wan, walau apa terjadi, Wan tetap dihati Alina.

Seharian di kampus dengan kesibukan yang pelbagai membuatkan Alina lupa sekejap dengan permasalahannya. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Kuliah Professor Malik tamat. Perut Alina berkeroncong mendendangkan lagu yang tidak menentu iramanya. Alina belum lagi berpeluang makan tengah hari. Pagi tadi dengan tergesa-gesa Alina ke kuliah, tanpa sempat menjamah walau sedikit makanan. Rehat tengah harinya pula diiisi dengan lawatan ke bilik Mrs. Themala, menghantar report yang sepatutnya dihantar sebelum jam 830 pagi. Tapi disebabkan kelewatannya, terpaksa menghadap Mrs. Themala, susun berjuta-juta kemaafan dengan seribu alasan. Nasib Alina tidak begitu baik, Mrs. Themala pula dalam mood yang tak baik, terpaksalah dia mendengar ceramah free lebih kurang setengah jam. Tak sempat makan apa-apa lagi, terpaksa masuk kuliah pula. Sehingga jam 5, tidak satu pun makanan yang menjamah perutnya. Pantas kaki dihayun menuju ke surau. Niatnya ingin menunaikan solat Asar dulu sebelum makan.



Seusai solatnya, dengan buku-buku penuh di tangan, Alina menapak menyusuri kaki lima bangunan perpustakaan menuju kantin. Baru saja ingin melintas, sebuah kereta Honda Civic biru gelap menghalang pergerakannya. Hampir saja Alina menjadi korban. Mendidih darah Alina dengan lagak pemandu Honda Civic tersebut. Baru ingin menjerit memarahi pemiliknya, baru Alina perasan siapa pemandunya.

"Hai cik adik manis. Nak ke mana? Boleh saya tumpangkan?"

"Fikri!! Jangan buat saya terkejut macam tu lah! Kalau saya kena langgar dengan awak macam mana?"

Fikri membuka pintu, keluar dari kereta. Sekadar ber T-shirt lengan pendek tanpa kolar dan jeans biru cair, Fikri tetap tampak hebat. Punyai karisma tersendiri. Alina sedikit kagum dengan ketampanan Fikri. Patutlah teman-temannya asyik mengatakan Alina bertuah dapat Fikri yang hensem. Alina tersenyum sendirian.

"Hai birthday girl, senyum seorang-seorang ni kenapa? For my dear beloved wife.." Fikri menghulurkan sejambak mawar merah kepada Alina. 18 kuntum mawar merah.

"Bunga yang kat rumah tu ada lagi. Jangan membazirlah Fikri."

"Ooo.. yang kat rumah tu, warna favourite Alina, rose putih. Sekarang ni bunga favourite saya pula, rose merah. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu, kegemaran saya atau kegemaran Alina. So, saya ambil dua-dua sekali. Alina tak suka?"



"Ermm.. suka. Thanks Fikri." Alina kembali teringatkan apa yang bersarang di mindanya sejak pagi tadi.

"Shall we? Saya ada surprise untuk birthday Alina." Fikri membuka pintu menjemput Alina masuk. Alina sekadar tersenyum dilayan begitu. Fikri tidak pernah serik mengambil hati Alina walaupun Alina tidak pernah sekali pun menunjukkan kasihnya kepada Fikri. Menderum laju Honda Civic kepunyaan Fikri membelah kampus MMU.

Kelihatan Alina sedang ketawa gembira di samping Fikri. Betapa pasangan tersebut begitu ideal di mata sang pemerhati. Jauh di bawah pohon ketapang menghadap perpustakaan, sebuah motorsikal 250 cc terpasak kaku, beserta sepasang mata yang penuh kekecewaan, penuh kemarahan memerhati betapa kasih yang dijaga sebegitu lama hancur di hadapan mata. Kekasih yang disangka setia rupanya curang, irama yang dialun merdu, rupanya pincang dengan gendang tarian sang kekasih hati.

Fikri membawa Alina menikmati suasana di puncak Menara KL, sambil menghadapi hidangan makan malam. Sepanjang masa makan, Alina mahupun Fikri tidak langsung menyentuh tentang hal perceraian mereka lagi beberapa hari. Seolah-olah mereka pasangan yang bahagia. Alina ingin mengutarakan permasalahan itu, tapi tidak ingin merosakkan mood yang telah terbina. Sometimes, you just have to go with the flow.



Hidangan dan pemandangan yang indah mengukir satu memori di hati Alina. Selepas selesai menjamu selera, Fikri memegang tangan Alina. Alina sekadar mebiarkan. Hatinya bagaikan merelakan.

"Alina, sepanjang setahun kehadiran Alina, hidup saya penuh kegembiraan. Selepas ini saya takkan mempunyai sebarang kekesalan lagi. Menjadi suami Alina untuk setahun, saya rasakan terlampau singkat. Tapi kesudian Alina, tak dapat saya balaskan. Setahun sudah lebih dari mencukupi." Fikri menghulurkan sebuah kotak kecil berbaldu biru. Alina dengan terketar-ketar menahan air mata, membuka kotak baldu biru itu. Panahan cahaya lampu ruang makan menyilau mata. Sebentuk cincin bertatah berlian dengan bentuk hati terukir rapi, terletak indah dalam kotak. Alina tidak mampu bersuara, sekadar merenung wajah Fikri dengan seribu satu pertanyaan.

"Selepas saya berpisah dengan Alina nanti, cincin kahwin di jari manis itu pasti akan Alina pulangkan kepada saya kembali. Jadi saya nak Alina terima cincin ini, sebagai hadiah dari seorang kawan. Dengan itu Alina tidak boleh memulangkan ia kembali kepada saya.



Simpanlah cincin ini, sebagai tanda Alina pernah memiliki seorang kawan yang menyayangi Alina sepenuh hatinya. Bolehkan? "

Alina sekadar mengangguk. Meyisipkan kotak baldu tersebut ke dalam tas tangannya.

"Dan ini janji saya dengan Alina setahun yang lepas. Tak lama lagi Ikhwan akan pulang, walaupun dengan hati yang berat, saya tetap akan mengotakan janji saya." Fikri menghulurkan sepucuk surat kepada Alina. Baru saja Alina merasakan kebahagiaan dengan hadiah tadi, dia kembali disapa kejutan maha hebat. Alina bagaikan mahu menjerit, ingin mengulang kembali masa setahun yang lepas. Saat di mana dia mula diijab kabulkan dengan Fikri. Dia tidak sanggup membaca isi kandungan surat itu. Terketar-ketar jari runcing Alina membuka surat yang diberi.



Saya, Khairil Fikri bin Hamidi dengan ini menceraikan isteri saya, Alina Hanis binti Hashim dengan talak satu atas alasan tiada kesefahaman di antara kami.

Tandatangan,

Khairil Fikri Hamidi



Fikri, terima kasih kerana berpegang pada janji. Dan terima kasih juga kerana telah membuatkan Alina terlanjur mnyintaimu. Hati Alina gundah. Andaikata langkahnya pincang kali ini, membuat keputusan yang salah, dengan meninggalkan Fikri yang mungkin jodoh terbaik buat dirinya, dan memilih Ikhwan, kekasih hati selama 5 tahun, apakah masih ada ruang untuk dia kembali ke pangkal jalan? Ya Allah, hanya padaMU aku memohon. Tunjukilah aku jalan yang benar, jalan ke arah keredhaanMU dan kebahagiaanku.

Sepanjang perjalanan pulang, Alina dan Fikri sekadar mebatu. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tenang Fikri memandu menyusuri jalan, kenderaan bersimpang-siur menuju destinasi masing-masing. Jam hampir ke pukul 10 malam. Honda Civic Fikri tiba di perkarangan rumah batu dua tingkat milik mereka. Pemberian abah Alina sewaktu mereka berkahwin setahun yang lepas. Alina membuka pintu, melangkah keluar. Fikri membuka pintu kereta, sekadar menjengukkan kepala sahaja.

"Fikri tak nak keluar?"



"Rumah ni milik Alina. Mulai hari ini, kita bukan pasangan suami isteri lagi. Malam ni terpaksalah saya kembali ke rumah bujang saya kat Kelana Jaya tu. Melainkan Alina nak ajak saya bermalam di sini bolehlah saya fikirkan sekali lagi macam mana."

Alina tersenyum pahit dengan usikan Fikri. Fikri juga sekadar tersenyum tawar. Setelah mengucapkan selamat malam sesama mereka, Fikri memohon diri untuk beredar. Belum sempat pintu kereta ditutup, kedengaran deruman enjin motosikal memasuki perkarangan rumah. Silau dengan lampu motosikal, Alina dan Fikri mengecilkan mata meninjau siapakah gerangan tetamu di malam hari begini. Alina hampir rebah melihat bayangan pemilik motosikal tersebut. IKHWAN!!



Ketiga-tiganya mendiamkan diri. Semuanya membatu. Kebekuan suasana malam dengan ketegangan keadaan di ruang tamu rumah, mengundang ketidakselesaan mereka. Orange juice yang dihidangkan Alina tidak bersentuh. Fikri merasakan dia sebagai orang yang bersalah, wajib memulakannya.

"Walaupun saya tidak pernah bertemu Ikhwan, tapi saya banyak mendengar cerita tentang Ikhwan dari Alina. Saya tahu hubungan Ikhwan dengan Alina." Alina sekadar tertunduk. Bimbang jika Ikhwan kembali melenting. Di luar tadi, hampir saja Ikhwan bertumbuk dengan Fikri. Kematangan Fikri berjaya meredakan suasana, dan memujuk Ikhwan bercakap di dalam rumah. Bimbang dikatakan mengganggu jiran tetangga.

"Ooo.. ye ke. Agak-agaknya, apalah yang isteri tersayang saudara......?."

"Panggil saya Fikri." Tenang Fikri berkata.

"Haa.. saudara Fikri. Apa yang isteri tersayang Fikri cerita pasal saya ya? Agak-agaknya masa bila tu Alina bercerita tentang saya kepada awak? Masa kat bilik kot. Betul ke Alina?" Pedas sindiran Ikhwan. Alina bagaikan mahu menangis dengan kata-kata Ikhwan. Ini bukan Ikhwan yang dia kenali sebelum ini. Ikhwan yang Alina kenali, orangnya berdiplomasi, bukannya tuduh melulu tanpa alasan.

"Watch your mouth Ikhwan. Jangan main nak tuduh Alina tanpa usul periksa. Alina yang dulu, sama dengan Alina yang sekarang. Besides, saya dah lepaskan Alina kerana Alina lebih menyayangi awak dari saya." Fikri menahan sabar. Dia pantang mendengar Alina, gadis kesayangannya dicerca.



"Wow.. what a story. Maksud awak, awak nak bagi sisa awak ni pada saya? Selepas dah abis cerita nikah kahwin awak selama setahun, tiba-tiba cakap, saya dah lepaskan Alina bla..bla..bla.." Ikhwan meneguk minuman, meredakan kemarahannnya.

Fikri tunduk. Alina mula menangis. Pilu hati dituduh sebegitu. Tidak disangkanya Ikhwan akan meragui kesucian dirinya. Bukankah cinta tidak memandang semua itu? Kenapa kesucian diri yang jadi persoalan. Andai Ikhwan mengasihinya setulus hati, Ikhwan akan menerima keadaannya sebagaimana dirinya. Alina memandang wajah Ikhwan minta pengertian. Ikhwan sekadar melihat, merenung seolah-olah Alina sangat keji. Fikri mula hilang kesabaran. Dicekaknya kolar baju Ikhwan.

"Don`t you dare say that to Alina. Saya tak pernah menyentuh Alina, kerana saya hormatkan dirinya. Awak patut bersyukur memiliki cinta Alina. Awak patut tahu betapa Alina merindui awak sepanjang ketiadaan awak. Betapa tidur malamnya menyebut nama Ikhwan, Ikhwan, Ikhwan..."



"Tidur malam? I beg your pardon? Maknanya, memang betullah. Oo .. macam tu ceritanya. Dara lagilah Puan Alina ni rupanya." Ikhwan sekadar tersenyum sinis memandang muka Fikri yang mula membara. Ringan tangan Fikri dihayunkan ke arah Ikhwan. Berdengung telinga Ikhwan. Pantang anak lelaki berdiam kalau dipukul. Ikhwan mengesat darah yang mengalir meleleh membasahi bibir. Berdiri tegak dengan semangat membara menghala ke arah Fikri yang memang bersiap dengan segala kemungkinan.

"Stop it!! Ikhwan!! Fikri!! " Alina juga tidak boleh lagi berdiam diri dituduh dengan pelbagai cerita. Air mata laju mengalir. Hati Fikri ditusuk sayu, melihat Alina berlinangan air mata. Disangkanya hidup Alina akan bahagia dengan kepulangan Ikhwan. Sepanjang setahun ini, sebut saja nama Ikhwan, pasti mata bundar itu memancarkan cahaya kegembiraan. Membayangkan betapa dia mengimpikan hidup bersama Ikhwan. Tapi sekarang sepasang mata bundar itu hanya mampu berlinang air mata. Kekasih hati sendiri meragui cintanya. Bukan itu saja, Ikhwan mati-matian mempertikaikan kesucian Alina. Kesucian bukan nilai sebuah cinta, kepercayaan itu lebih penting.

"Wan, Ina minta ampun andai berita perkahwinan kami mengejutkan Wan. Ina memang berniat nak menceritakan pada Wan. Tapi Ina fikir Wan akan pulang minggu depan."

"Thank God aku pulang awal. Ingat nak surprise kan party harijadi kau, rupanya kau yang surprise kan aku dengan laki kau ni. Cantik harga sebuah kesetiaan yang kau balas cik Alina." Alina pilu mendengar bicara Ikhwan yang kasar. Tiada lagi Wan, tiada lagi sayang. Kau dan aku. Betapa asingnya mereka sekarang.

"Abah paksa Ina kahwin. Ina tak mampu menolak. Durhaka namanya kalau membantah kata abah. Tapi Wan, percayalah. Ina yang dulu, sama dengan Ina yang sekarang. Kasih Ina pada Wan tak pernah berubah. Ina setia, Ina jaga diri Ina sebaiknya untuk Wan. Kalau itu yang Wan pinta dari Ina. Kalau itu harga cinta Ina pada Wan." Alina menangis teresak-esak.



"Ok then, show me. Tunjukkan kau masih suci. Buktikan kata-kata kau bukan sekadar bohongan." Bangga Ikhwan dengan kata-katanya. Alina merenung tajam tidak percaya dengan apa yang baru di dengarnya. Kesabaran hati mula mencapai limit yang sepatutnya.

"Tunggu apa lagi, shall we? Bilik kat ataskan? Ermm.. Encik Fikri, boleh tunggu di bawah sekejap. Saya nak pinjam isteri kesayangan awak sekejap. Bolehkan?"

Fikri rasakan mahu bunuh saja empunya mulut yang begitu lancang itu. Hampir sahaja diterkam batang tubuh Ikhwan. Dihalang oleh Alina. Sekuat hati tangan kecil milik Alina melayangkan tamparan ke pipi Ikhwan. Mata Alina mengandungi seribu kebencian, menatap tajam ke dalam mata Ikhwan, terus ke hati. Dengan satu pandangan sahaja, Alina telah merobek semua kasih yang disimpannya khusus untuk Ikhwan. Ikhwan terpana. Pedih yang dirasakan di pipi tidak sepedih hatinya dengan tamparan Alina. Tidak disangka, Alina yang manja, mudah merajuk, mampu menamparnya. Dulu Alina diam setiap kali dimarah. Alina bukan seorang yang mudah berang. Mungkin dirinya kelihatan seperti seorang yang pemarah, tapi itu sekadar luarannya sahaja. Alina adalah Alina. Lembut dan tersendiri.

"Wan, sabar Ina ada hadnya Wan. Wan dah melampau. Baliklah Wan. Anggaplah Ina dah mati dalam hidup Wan. Anggaplah Ina yang Wan kenal dulu dah berubah, dah menjual cintanya dah tubuh badannya kepada orang lain. Anggaplah apa saja yang yang Wan suka. Ina dah tak kisah lagi Wan. Bagi Ina, saat Wan minta bukti kesucian Ina tadi, Ikhwan Adib yang Alina Hanis Hashim kenal 6 tahun dulu, dah mati. Cinta Ina padanya juga dah hancur. Baliklah Wan. Ina akan belajar melupakan Wan. Ina takkan ganggu hidup Wan lagi." Air matanya sudah kering. Tidak mampu ditangisi lagi. Kasih yang dijaga, dibajai selama ini, sudah tiada untuk dikenang.

Ikhwan terdiam. Terduduk. Meraup muka. Mula menyedari, berfikir kembali. Mungkin betul kata Alina. Mungkin Fikri tidak menipunya. Betapa dia telah menyakiti hati gadis kesayangannya.



"Maafkan Wan, Ina.. Wan.."

"Baliklah Wan. Ina tak nak tengok muka Wan lagi. Tolonglah balik."

Ikhwan tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ketegasan Alina sudah cukup memberi segala jawapan kepada kesalahannya sebentar tadi. Dipandangnya Fikri. Sebelum berlalu, ditepuknya bahu Fikri.

"Kawan, maafkan aku kerana tak percaya kata-kata kau. Tolonglah jaga Alina sebaiknya. Janjilah pada aku."

"Maaf, permintaan kau tak dapat aku nak tunaikan. Alina baru saja aku ceraikan tadi. Alina adalah Alina. Dia memang sendiri. bukan milik sesiapa." Ikhwan mengeluh, menyesali kebodohan sendiri. Betapa jujurnya kasih Alina, telah dia persiakan. Ikhwan berlalu diiringi Fikri ke muka pintu dengan seribu kekesalan di hati. Nasi sudah menjadi bubur. Menyesal macam mana sekali pun tidak akan merubah kenyataan.

Alina terkedu dengan pernyataan Fikri. Dia hampir lupa, Fikri telah menceraikannya. Alina tidak punya sesiapa. Dia keseorangan. Dia sama seperti Ikhwan. Melangkah dengan langkah yang pincang, akhirnya terjatuh sendirian. Alina menangis dengan kebodohannya sendiri. salahkah dia andai dia kembali kepada Fikri. Sanggupkah Fikri menerimanya kembali.. dia telah mempersiakan kasih Fikri selama setahun ini. Sudahnya Alina tertidur sendirian di ruang tamu. Tidurnya diiringi air mata penyesalan. Takut menghadapi hari esok sendirian.



********



Matahari menjengukkan cahayanya menerobosi celahan-celahan tingkap rumah batu dua tingkat itu. Perlahan-perlahan Alina membuka matanya, silau dengan cahaya pagi. Seingatnya dia tidur di ruang tamu. Tapi kenapa dia berada di atas katil pagi ni? Di satu sudut kamar tidurnya, kelihatan Fikri mengerekot kesejukan di atas sofa, tanpa selimut. Alina rasa bahagia. Saat-saat itu Fikri masih disisinya. Dicapainya selimut, perlahan-lahan menuju ke arah Fikri, bimbang akan mengejutkan lena Fikri. Badan Fikri diselimutkan, dan baru pertama kali Alina merasakan kasihnya hanya satu untuk Fikri. Tapi semuanya dah terlambat. Fikri bukan lagi suaminya. Alina menangis lagi untuk kesekian kalinya. Esakan kecil Alina mengejutkan Fikri.



"Kenapa Alina? Alina sakit ke? Demam?"Fikri pantas menyentuh dahi Alina dengan penuh kasih sayang. Bimbang akan kesihatan Alina. Alina makin kuat teresak-esak menangis. Fikri kelam kabut. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Disentuhnya dahi Alina, tidak panas. Suhu badannya normal sahaja. Putus akalnya kenapa Alina menangis.

"Kenapa ni Alina. Cuba bagi tahu kat mana Alina sakit. Kalau Alina menangis macam ni, mana mana saya nak tahu mana Alina sakit."

Alina menarik tangan Fikri yang sedang membelai rambutnya. Diciumnya tangan Fikri dengan linangan air mata.

"Saya tahu saya bersalah. Saya tahu saya tak patut buat awak macam ni. Tak patut buat permintaan ini."

Fikri makin pening dengan perangai Alina. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Erkk.. permintaan apa ni Alina?"

"Berikan saya peluang kedua. Berikan saya peluang untuk menyayangi awak. Saya....."

Fikri bagaikan mahu bersorak dengan pengakuan Alina. Ya Allah, kau telah makbulkan doa hambaMU ini. Alina tidak mampu meneruskan kata-katanya. Alina makin kuat menangis.



Esakannya semakin menjadi-jadi. Kebekuan Fikri seolah-olah menyatakan `kau tak layak menerima kasih ini. Telah setahun aku curahkan, kau sia-siakan. Sekarang bila dah keseorangan, baru ingat nak cari aku. Jangan ingat kasih aku sebegitu murah`. Air matanya laju menunggu kemungkinan-kemungkinan apa yang bakal disembur Fikri. Tiba-tiba Fikri mengangkat dagunya, mencium dahi Alina dengan perlahan. Alina sayu. Inikah ciuman terakhir Fikri?

"Alina tidak perlu membuat permintaan sebegitu. Dari dulu lagi saya katakan, saya milik Alina selamanya. Sayalah yang sepatutnya cakap, sayang, berikan abang peluang untuk menyayangimu.."

Alina malu ditenung sebegitu, tunduk tersenyum. Bagai terbayang-bayang kebahagiaannya bersama Fikri.